☆ MANJOI IPOH PERAK ☆
Manjoi ialah sebuah kampong di timur laut Bandaraya Ipoh Perak.
Pada tahun 1900,Uda Kidal membawa diri dari kampong asalnya di Bota kiri Perak dan meneroka sebuah kawasan dipinggir Ipoh untuk dijadikan tempat mencari rezeki.Bermula dgn sebuah rumah yg didiami bersama isteri,Teh Manja,kawasan itu membesar sebagai sebuah penempatan Melayu yg terawal di Perak yg kemudiannya dinamakan Manjoi.
Menurut cucu Uda kidal,Abdul Mat Desa,nama Manjoi itu dinamakan semperna nama seorang lelaki alim,Tok Manjoi,yg terlalu rapat dgn datuknya Uda Kidal.Tok Manjoi berpesan kepada Uda Kidal,supaya menjaga kawasan berkenaan dan memastikan penduduk disitu tidak bermusuhan sesama sendiri.
Mengikut cerita lain pula,nama itu diambil semperna nama isteri Uda Kidal,Teh Manja.Manja di sebut "manje" dlm loghat Parit.kawasan itu kemudian dinamakan Manjoi.
Pertambahan pesat penduduk Melayu merebak hingga membabitkan pembukaan kampong lain disekelilingnya yang kini digelar Gugusan Manjoi iaitu kawasan perkampongan Melayu dalam bandar yangg terbesar di Negara ini.
Gugusan Manjoi seluas 560.8 hektar merangkumi:
- Kampung Manjoi
- Kampung Tengku Hussein
- Kampung Sungai Tapah
- Kampung Dato Ahmad Said
- Kampung Jelapang Baru.
Gugusan itu mempunyai 6,409 rumah dengan lebih 31,000 penduduk.
Gugusan Manjoi yang suatu ketika dahulu merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang bermula sebagai kawasan perumahan setinggan Melayu telah mengalami suatu transformasi yang amat menakjubkan. Gugusan Manjoi yang menerima jolokkan sebagai kampung yang dihuni oleh Rumpun Melayu yang terbesar di Asia telah melakar sejarahnya yang tersendiri.
Perkampungan yang lebih dikenali sebagai perkampungan Melayu dipinggir bandar pada suatu ketika dahulu, wujud hasil usaha Menteri Besar Perak keempat iaitu YAB Dato' Seri Ahmad Bin Said (07 Mei 1964 - 06 Mei 1970) (Yang mana nama beliau telah diabadikan dalam salah sebuah Kampung iaitu Kampung Dato’ Ahmad Said). Gugusan Manjoi kini didiami oleh lebih 40,000 penduduk yang meliputi kawasan seluas hampir 600 hektar. Gugusan yang meliputi Kampung Manjoi, Kampung Tengku Hussein, Kampung Sungai Tapah, Kampung Dato’ Ahmad Said dan Kampung Jelapang Baru ini sedang mengalami proses perubahan wajah.
Dengan visi Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali yang didokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi YB Dato’ Haji Nadzri Bin Ismail maka Manjoi kini kearah menjadi sebuah perkampungan bandar moden yang berperanan menyumbang kearah pertumbuhan sosio ekonomi Masyarakat Melayu khususnya dan Majlis Bandaraya Ipoh secara amnya.
Dengan visi Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali yang didokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi YB Dato’ Haji Nadzri Bin Ismail maka Manjoi kini kearah menjadi sebuah perkampungan bandar moden yang berperanan menyumbang kearah pertumbuhan sosio ekonomi Masyarakat Melayu khususnya dan Majlis Bandaraya Ipoh secara amnya.
Projek fasa pertama permodenan Gugusan Manjoi telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia pada 22 Oktober 2007. Pembangunan fasa pertama melibatkan pembinaan Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi iaitu pembinaan Pejabat Tanah dan Daerah Ipoh, Pusat Perniagaan dan Mini Stadium.
Pembinaan pasaraya besar tempatan iaitu Pasaraya Mydin berhampiran Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi diharapkan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda di gugusan Manjoi seterusnya menjana ekonomi setempat dikawasan tersebut.
Ia adalah seiring dengan usaha Kerajaan Negeri Perak untuk menyusun semula kedudukan kawasan perumahan dan pembinaan ratusan unit rumah kedai mampu milik. Diharapkan dapat menggalakkan penempatan isi rumah berpendapatan sederhana dan tinggi yang rata-rata terdiri daripada kakitangan kerajaan dan peniaga. Seterusnya akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan pelaburan di Gugusan Manjoi.
Melalui projek ini juga beberapa kemudahan/“infra” seperti pembinaan semula jalan raya, kemudahan komunikasi, masalah pengangkutan dan kemudahan awam yang telah membelenggu warga penduduk buat sekian lama akan dapat diatasi.
Segala usaha dan komitmen kerajaan untuk membangunkan Gugusan Manjoi tidak akan terlaksana tanpa sumbangan dan komitmen daripada anak watan Gugusan Manjoi itu sendiri, iaitu generasi kedua dan ketiga yang kini telah berada di kalangan golongan kelas menengah Melayu. Usaha secara bersama antara anak watan dan kerajaan negeri pasti akan dapat merealisasikan usaha membangunkan Gugusan Manjoi.
No comments:
Post a Comment